FAQ


Hartanah Lelong | Rumah Lelong Murah | Property Auctions
Soalan Lazim Berkaitan Rumah Lelong

Q: Apa itu rumah Lelong?
A: Hartanah atau rumah lelong adalah harta yang akan dijual oleh pihak bank melalui lelongan awam yang diadakan sama ada di Mahkamah, Pejabat Tanah atau ditempat lelongan awam (dewan atau hotel).

Q: Kenapa rumah dilelong?
A: Kebiasaannya tuan rumah (peminjam) gagal membayar balik pinjaman perumahan kepada institusi bank.

Q: Perlukah saya mengeluarkan modal atau wang deposit untuk membeli rumah lelong?
A: YA. Anda perlu mengeluarkan wang deposit sebanyak 5% - 10% (mengikut terma POS) dari harga rizab rumah tersebut dalam bentuk Bank Draft dan dibayar kepada pihak bank yang melelong.

Q: Apa itu harga rizab (Reserve Price)?
A: Harga rizab (Reserve Price) adalah harga terendah untuk sesuatu hartanah atau rumah lelongyang dijual oleh pihak bank dalam keadaan yang khusus. Sebagai contoh, pelelong akan memulakan proses pembidaan dengan harga yang tidak kurang atau sama dengan harga rizab yang telah disyaratkan dalam POS (Perisytiharan Jualan).

Q: Adakah saya perlu memberi membayar  “Agent Fee” untuk urusan rumah lelong tersebut?
A: YA. Mengikut harga sesuatu hartanah/rumah atau minima RM 1,500.

Q: Apakah kos peguam yang perlu saya bayar jika berjaya membeli rumah tersebut?
A: Kos yang perlu anda bayar adalah seperti Fee Peguam, Harga Duti Setem (Duty Stamping),  Akuan Bersumpah,  Adjudication Fee termasuk kos surat-menyurat, perjalanan, telefon / fax dan lain-lain.

Q: Jika saya tidak berjaya membeli rumah lelong tersebut bagaimana dengan Bank Draft?
A: Jika anda gagal untuk mendapatkan rumah lelong tersebut, Bank Draft akan dipulangkan dan anda boleh tunaikan semula dengan pihak bank yang mengeluarkannya.

Q: Untuk kakitangan kerajaan bolehkah untuk membeli rumah lelong tersebut?
A: Boleh. Tetapi pinjaman dengan hanya bank konversional biasa, bukan dari penbendaharaan.

Q: Saya mempunyai rumah berharga RM 150,000 bolehkah saya membeli sebuah rumah lagi yang berharga RM 150,000 ke bawah?
A: YA. Masih boleh kerana rumah lelong tiada sekatan dalam hal tersebut. Tetapi pastikan tahap kelayakan status pinjaman dengan pihak bank terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah lelong.

Q: Bagaimana dengan cukai pintu, cukai harta serta bil-bil utiliti lain?
A: Cukai pintu, cukai harta akan dibayar oleh pihak bank kepada rumah tersebut sehingga tarikh rumah dibeli oleh pemilik baru. Akan tetapi bil-bil lain seperti air, elektrik, kos selengaraan rumah dibayar oleh pemilik baru.

Q: Bagaimana dengan keadaan rumah lelong tersebut ?
A: Anda dinasihatkan untuk melihat terlebih dahulu rumah lelong tersebut dari kawasan sekitar dan rumah lelong dijual seperti sedia maklum berdasarkan “seperti sedia ada” dan dinasihatkan juga jika rumah tersebut masih berpenghuni, fikirkan juga dengan perasaan dan emosi pemilik asal untuk anda tidak menanyakan sebarang soalan. Dalam hal ini pihak bank tidak bertanggungjawab diatas sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap anda. Dan pihak bank tidak mempunyai kunci rumah tersebut sama ada rumah itu tidak berpenghuni atau berkunci.

Q: Saya Berminat untuk mendapatkan rumah lelong tersebut, apakah yang perlu saya lakukan?
A: Selepas anda melihat rumah tersebut dan berminat untuk membeli, sila menghubungi saya di talian: 017-608 0932 (Faizal) untuk urusan Bank Draft dan surat wakil.

A: Apakah masalah yang sering dihadapi untuk untuk membeli rumah lelong?
Q: Masalah yang sering berlaku berkaitan rumah lelong selalunya rumah lelong yang pemiliknya asalnya masih lagi tinggal di rumah berkenaan walaupun ianya telah dilelong. Jika mengalami situasi begini, cuba selesaikan masalah ini dengan cara yang baik terlebih dahulu. Tindakan undang-undang dan mahkamah adalah jalan terakhir jika pemilik asal rumah tersebut masih enggan keluar dari rumah berkenaan. Dalam hal ini anda tidak perlu bimbang.

Q: Bolehkah saya membeli rumah lelong yang telah lepas tarikh lelong dan masih tiada pembeli?
A: Kebanyakan kes rumah lelong yang tiada pembeli akan dilelong semula walaupun anda mahu membelinya selepas tarikh lelong. Dan kebiasaanya harga rizab akan dikurangkan 5% - 10% dari hari harga rizab sebelumnya. Kemungkinan rumah tersebut akan dilelong dalam masa 3 atau 6 bulan, atau setahun kemudian. Bergantung kepada pihak bank dan pelelong untuk mengisytiharkan atau mengiklankannya.

Q: Mengapa saya perlu menggunakan perkhidmatan ejen?
A: Antara sebab mengapa anda memerlukan perkhidmatan ejen:
  • Ejen boleh membantu anda mendapatkan senarai rumah lelong terbaru yang hendak dicari.
  • Ejen boleh memberikan anda khidmat nasihat yang berguna dan penting jika anda tiada pengetahuan tentang selok belok membeli hartanah/rumah lelong.
  • Ejen boleh membantu anda mendapatkan maklumat hartanah seperti Hakmilik, surat POS (Pengisytiharan Jualan) dan COS (Conditions of Sale).
  • Ejen boleh membantu anda dalam proses mendapatkan peguam yang betul-betul bekerja. Terdapat kes rumah yang telah dibeli dilelong semula kerana peguamnya “tidur”.
  • Anda dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang jika menggunakan perkhidmatan ejen. Baca selanjutnya perkhidmatan ejen disini.
==========================================================

**Ingin mencari hartanah/rumah lelong idaman?? Sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah/rumah lelong disini.