Terms and Conditions


Terma Dan Syarat-Syarat Lelongan
Sebelum membuat bidaan untuk pembelian hartanah/rumah lelong, perkara penting yang perlu bakal pembida tahu adalah tentang terma dan syarat-syarat berkenaan jualan rumah tersebut. Untuk mengetahui tentang terma dan syarat-syarat  tersebut, pembida perlu mendapatkan surat salinan POS dan COS terlebih dahulu.

Apa itu POS dan COS?
POS merupakan singkatan kepada "Proclamation Of Sale" bermaksud "Perisytiharan Jualan". Manakala COS merupakan singkatan kepada "Conditions of Sale" bermaksud "Syarat-Syarat Jualan".

Hartanah Lelong | Rumah Lelong Murah | Property Auctions

Syarat-Syarat Persediaan Sebelum Menghadiri Lelongan:
  1. Terma Dan Syarat: Terma dan sayarat-syarat yang dinyatakan didalam POS dan COS adalah wajib diikuti dan tidak boleh diubah walau apa jua cara sekali pun. Bagi yang tidak dapat memenuhi keseluruhan terma dan syarat-syarat ini tidak digalakkan meghadiri atau memasuki lelongan.
  2. Syarat Tambahan: Pelelong (Auctioneer) mungkin mengumumkan maklumat tambahan atau syarat-syarat semasa atau sebelum lelongan terutama bagi kategori rumah tertentu. Dengar dengan teliti dan membuat keputusan dengan betul sama ada untuk terus membida atau menarik diri. Pihak pelelong tidak bertanggungjawab berkenaan ketulenan atau kesahihan yana tertera dalam salinan POS atau COS untuk rumah yang dilelong. Sebarang percanggahan atau ketidaktepatan iklan dari COS adalah tanggungjawab pembida / pembeli.
  3. 18 Tahun Keatas: Bakal pembida hendaklah berumur dari 18 tahun keatas dan dikehendaki mendaftar dengan pelelong sebelum membuat bidaan. Pembida yang berumur dibawah 18 tahun yang juga mempunyai status bankrap tidak dibenarkan membuat tawaran bidaan rumah lelong.
  4. As Is Where Is: Kesemua hartanah yang dijualadalah seperti mana ada (dalam kesediaan sedia ada) dan tertaluk pada harga rizab (Reserve Price) yang telah dinyatakan. Anda dikehendaki memeriksa rumah yang ingin dimiliki sebelum membuat bidaan semasa lelongan.
  5. Milikan kosong: Hak untuk mengosongkan rumah sekiranya ada penghuni adalah menjadi tanggungjawab pembeli yang berjaya membuat bidaan. Pihak bank  dan pelelong tidak memiliki kunci untuk rumah atau bangunan yang telah dijual.
  6. Tiada Jaminan: Pelelong atau pihak bank tidak bertanggungjawab sekiranya hartanah yang dibeli mengalami kerosakan atau kemusnahan setelah berjaya dibeli. Segalanya bergantung kepada pemeriksaan dan permerhatian dari pembeli itu sendiri.
  7. Bank Draft:  Untuk melayakkan seseorang memasuki proses lelongan, bakal pembida perlu menyediakan Bank Draft sebagai bayaran deposit sebanyak 5% - 10% atau mengikut peratusan yang telah ditetapkan oleh pihak bank.
  8. Muktamad: Keputusan selepas lelongan dan ketukan tukul adalah muktamad.  Tiada pelarasan, tuntutan atau bayaran balik selepas hartanah lelong telah dijual. Bank Draft yang digunakan untuk memasuki untuk bidaan lelongan tidak akan dipulangkan sekiranya pembida tersebut telah berjaya. Pembida tersebut tidak boleh menukar pemilikan pembelian selepas proses lelongan dijalankan.
  9. Deposit Tambahan: Sekiranya rumah dibeli berlaku kenaikan harga dari harga rizab (Reserve Price), pembeli yang berjaya perlu mencukupkan deposit mengikut kepada peratusan dari harga yang berjaya dibeli. 
    *Contoh: Reserve Price: RM 100,000/- pembida berjaya RM 120,000/-
    *Deposit 10%: RM 10,000 + (kenaikan RM 20,000 x 10% = RM 2,000)
    (Pembida yang berjaya perlu menambah jumlah RM2000 untuk mencukupkan baki deposit)
  10. Hak Pelelong: Pelelong mempunyai hak untuk menolak tawaran dari mana-mana pembeli pada bila-bila masa. Pelelong juga mempunyai hak untuk membatalkan jualan atau menarik balik keputusan jualan atas sebab-sebab tertentu.
  11. Kenaikan Harga: Pelelong mempunyai hak untuk menetapkan kenaikan harga tanpa mengira jenis lelongan yang dijalankan. Pelelong juga mempunyai hak untuk menetapkan harga rizab baru (Reserve Price) sekiranya para pembida melebihi dari seorang.
  12. Penahanan Bank Draft: Pihak bank atau pelelong berhak untuk menahan Bank Draft atau deposit dari pembeli sekiranya pembida yang berdaftar gagal membuat bidaan tanpa sebarang sebab yang munasabah.
  13. Ganti Rugi: Sebarang kerugian dan kos yang dikeluarkan untuk mendapatkan hartanah sebelum, semasa dan selepas proses lelongan adalah menjadi tanggungjawab pembeli.
  14. Tunggakan: Sebarang tunggakan yang tidak ditanggung oleh pihak bank dan pelelong adalah menjadi tanggungjawab pembida yang berjaya membeli.
  15. Bayaran Komisyen: Bagi pembeli yang berjaya yang melantik ejen untuk bekerja bagi pihaknya adalah bertanggungjawab untuk membayar komisyen mengikut kepada perjanjian yang dibuat antara pembeli dan ejen. Pastikan bakal pembida menandatangani perjanjian surat persetujuan dengan ejen yang berdaftar untuk mengelakkan penipuan dan kerugian.
  16. Pinjaman (Loan Bank): Pembeli adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan pinjaman bagi menyelesaikan baki harga jualan dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi pembeli yang membayar secara tunai adalah dikecualikan kerana proses pindah hak milik dapat dilakukan selepas bayaran dibuat kepada pihak bank.
  17. Tempoh Membuat Pinjaman: Setiap rumah lelong mempunyai tempoh masa yang terhad. untuk menyelesaikan baki harga belian. Kebiasaanya tempoh syarat untuk membuat pinjaman selama 90 hari atau 120 hari dari tarikh proses lelongan. Tiada lanjutan masa yang akan diberi melainkan budi bicara dan tertakluk kepada jenis lelongan.
  18. Duti Setem: Pembeli yang berjaya perlu membuat bayaran Duti Setem (Stamp Duty) dalam anggaran RM150 - RM250 mengikut kepada permintaan pihak pelelong. *Tertakluk kepada perubahan.
  19. Semak Kelayakan: Sebelum membuat keputusan untuk menyertai lelongan, bakal pembida yang berminat perlu menyemak status kelayakan dan jumlah harga pinjaman yang boleh diluluskan oleh pihak bank tersebut sebelum menyertai lelongan.
  20. Pengumuman: Bakal pembida harus mengambil perhatian bahawa apa-apa jenis rumah yang disenaraikan untuk jualan lelong oleh pihak bank dan pelelong pada bila-bila masa boleh ditarik balik daripada jualan lelong tanpa sebarang notis atau sebab-sebab tertentu.
Penting: Sila semak status kelayakan pinjaman terlebih dahulu dengan mana-mana bank yang menyediakan khidmat pinjaman perumahan sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah bagi mengelakkan kehilangan wang deposit sekiranya pinjaman tidak diluluskan oleh pihak bank.

P/S: Bagi rumah lelong yang ditawarkan oleh lelongan bank, sebarang kunci rumah tidak disediakan oleh mana-mana pihak. Sila pastikan keadaan rumah lelong yang bakal dibida atau dibeli itu sama ada berpenghuni atau pun tidak sebelum memasuki mana-mana lelongan.

P/P/S: Bank Draft sejumlah 5% atau 10% daripada harga rizab (Reserve Price) rumah lelong perlu disediakan atas nama pihak bank pelelong untuk dibawa bersama ke tempat lelongan.

==========================================================

Sebarang pertanyaan maklumat berkenaan hartanah/rumah lelong yang disenaraikan, sila hubungi: 017-608 0932 (Faizal)

**Ingin mencari hartanah/rumah lelong idaman?? Sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah/rumah lelong disini.