Guide Info

Hartanah Lelong | Rumah Lelong Murah | Property Auctions
Apa Itu Lelong?
Lelong adalah satu mekanisme untuk melepaskan hak pemilikan daripada seseorang kepada seseorang individu yang lain secara sah. Secara ringkas, lelong adalah satu pertandingan untuk mendapatkan pemilikan harta milik orang lain. Lelong pada zaman masa kini terdiri dari segi sesuatu barang aset peribadi, harta komersial, kenderaan, hartanah, perniagaan dan sebagainya.

Hartanah Lelong
Hartanah lelong adalah apa-apa sahaja hartanah yang akan dijual oleh pihak bank melalui lelongan awam yang diadakan sama ada di Mahkamah, Pejabat Tanah atau di tempat Lelongan Awam.

Proses penjualan lelongan ini berlaku apabila sekumpulan pembida hadir pada waktu yang ditetapkan untuk membuat tawaran bagi membida harga. Penjualan hartanah ini berlaku apabila adanya pembida yang membuat tawaran harga tertinggi. Apabila tukul diketuk, pembida tersebut diisytiharkan sebagai pembeli yang berjaya.

Definisi mudah bagi rumah lelong adalah rumah yang mempunyai masalah dengan bank dimana peminjam (pemilik rumah) gagal untuk membayar bayaran ansuran bulanan untuk suatu tempoh yang telah dipersetujui semasa menandatangani perjanjian pinjaman perumahan dengan pihak bank.

Pihak bank akan melakukan lelongan dan pada kebiasaannya harga yang ditawarkan adalah dibawah daripada harga pasaran (Market Value). Harga yang ditawarkan untuk lelongan oleh pihak bank dikenali sebagai harga harga rizab (Reserve Price).

Harga Pasaran (Market Price)
Harga pasaran adalah harga sesuatau hartanah/rumah mengikut kepada nilai terkini hartanah. Nilai pasaran juga dikenali sebagai Nilai Pasaran Terbuka (Open Market Value) iaitu harga sesuatu hartanah yang telah dinilai oleh penilai berlesen.

Nilai pasaran ini kebiasaannya dilakukan berdasarkan kepada kaedah perbandingan dengan urus niaga hartanah yang terkini dan serupa dalam sesuatau kawasan yang sama atau berhampiran dengannya.

Harga Rizab (Reserve Price)
Harga rizab adalah harga terendah untuk sesuatu hartanah yang dijual oleh pihak bank dalam keadaan yang khusus. Sebagai contoh pelelong akan memulakan proses lelongan dengan harga bidaan tidak kurang atau sama jumlah jumlah harga pada harga rizab yang tercatit didalam POS (Perisytiharan Jualan).

Sekiranya terdapat lebih dari seorang penawar yang ingin membeli hartanah yang sama, pihak pelelong akan memulakan lelongan dengan harga rizab dan setiap penawar perlu menawarkan harga lebih dari harga rizab. Namun begitu, sekiranya hanya terdapat seorang sahaja pembida yang berdaftar, hartanah/rumah tersebut dijual dengan harga rizab (Reserve Price).

Jika hartanah/rumah yang dilelong tiada pembida mendaftar, hartanah/rumah tersebut akan dilelong semula pada tarikh lelongan pada berlainan hari dan harga rizab (Reserve Price) akan dikurangkan sebanyak 10% dari harga sebelumnya.

Langkah-Langkah Membeli Rumah Lelong:
  • Alamat - Pastikan alamat dan tarikh lelongan hartanah/rumah yang ingin dibeli adalah betul dan tepat.
  • Lawati - Membuat lawatan keatas hartanah/rumah yang tersebut dan memastikan keadaannya.
  • Bertanya - Anda juga boleh membuat pertanyaan kepada pemaju / pemilik / pihak berkuasa tempatan dan carian hak milik sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan hartanah yang dingini.
  • Bank Draft - Jika berminat dengan hartanah/rumah lelong tersebut, perlu menyediakan 5% atau 10% Bank Draft dari harga rizab (Reserve Price) atas nama bank yang melelong harta tersebut.
  • Datang Awal - Sebelum waktu acara lelongan, sebaik-baiknya datang awal 30 minit sebelum lelongan untuk pendaftaran. Pastikan nombor lelongan hartanah/rumah adalah sama dengan hartanah yang ingin dibida. *Elakkan daripada memaklumkan kepada orang yang tidak dikenali daripada mengetahui hartanah yang ingin anda bida dan juga harga tertinggi yang sanggup anda bida.
  • Melakukan Bidaan - Anda akan diberikan pad bidaan untuk membida. Pelelong akan memberikan beberapa keterangan maklumat asas mengenai hartanah/rumah tersebut sebelum bidaan dimulakan. Anda hanya perlu menunjukkan pad bidaan anda apabila ingin membuat bidaan dan lelongan akan berhenti apabila tiada lagi tawaran dari pembida lain.
  • Jika BerjayaTaniah! jika mendapat harga rizab (Reserve price). Pelelong akan mengira sehingga 3 kali dan seterusnya mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup dan mengumumkan pembida yang berjaya. Jika tidak berjaya, bank draft akan dipulangkan dan wang deposit boleh ditunaikan dari bank yang mengeluarkannya.
  • Baki Deposit – Hendaklah menjelaskan baki deposit dari harga yang berjaya dibida selepas lelongan. *Contoh: Reserve PriceRM 100,000/- pembida berjaya RM 120,000/- *Deposit 10%: RM 10,000 + (kenaikan RM 20,000 x 10% = RM 2,000) (Pembida yang berjaya perlu menambah jumlah RM2000 untuk mencukupkan baki deposit)
  • Pinjaman Bank - Pembeli yang berjaya hendaklah menyelesaikan baki harga dalam tempoh 90 hari atau 120 hari (bergantung kepada syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pelelong).
  • Lantik Peguam - Untuk membuat proses pindah hak pemilikan. *Tidak semua lawyer pandai menguruskan urusan rumah lelong.
Perlu Dibawa Semasa Hadir Lelongan
  • IC - Salinan Kad pengenalan pembida (bakal pembeli)
  • Surat Wakil - Sekiranya pembida mewakilkan ejen, sertakan sekali surat wakil dan salinan kad pengenalan pembida tersebut.
  • Bank Draft - Mengikut kepada harga rizab (Reserve Price) 5% atau 10%.
  • Extra Money - Wang tambahan untuk bayaran perbezaan harga rizab (Reserve Price) 5% atau 10% dari harga bidaan yang berjaya beli.
Hartanah Lelong | Rumah Lelong | Property Auctions

Video Lelongan Hartanah Luar Negara


P/S: Ianya tidak begitu sukar untuk membeli hartanah/rumah lelong, tetapi ia juga mempunyai risiko jika bakal pembeli silap membuat keputusan membeli dan tidak tahu caranya. Apa yang perlu, pelajari ilmu selok belok pembelian terlebih dahulu sebelum membida. Jangan terburu-buru semasa membuat keputusan dan jangan bimbang sekiranya tidak berjaya membeli. Senarai hartanah/rumah lelong murah sentiasa ada dalam senarai admin setiap bulan. Daftarkan diri dengan carian hartanah lelong secara percuma disini.

==========================================================
Info
Di Malaysia kini mempunyai lebih dari 26 juta penduduk. Setiap hari akan adanya manusia dilahirkan. Apabila penduduk semakin bertambah, maka bertambahlah juga permintaan dan keperluan individu untuk memiliki hartanah/rumah. Namun harga rumah tidak lagi sama seperti dahulu. Harga rumah yang dahulunya berharga RM60,000 kini sudah menjadi RM200,000.

Perbezaan harga amatlah ketara bagi rumah yang berada di bandar dan luar bandar. Tetapi pernahkah anda mengetahui adanya harga sesuatau rumah itu turun secara mendadak. Ianya memang benar..dan anda bertuah kerana telah melawat laman ini. Jika anda sedang merancang untuk membeli hartanah/rumah, inilah masanya untuk anda membeli rumah lelong. Dengan membeli rumah lelong anda dapat berjimat wang anda sehingga 30%-40% dari harga pasaran semasa (Market Value).

Tetapi tidak semua yang membeli rumah lelong dapat membeli dengan harga yang murah. Terdapat hartanah/rumah lelong yang dibeli melebihi dari harga pasaran. Ini terjadi kerana ada yang membeli secara melulu tanpa berfikir dan mengetahui selok belok membeli hartanah/rumah lelong.

==========================================================

P/S: Admin sedia membantu sekiranya anda benar-benar berminat untuk membeli hartanah/rumah lelong. Senarai hartanah/rumah lelong yang disediakan disini dapat membantu anda dalam pencarian sesuatu lokasi, jenis dan harga sesuatu hartanah.

Namun sekiranya anda mencari sesuatu lokasi atau jenis hartanah/rumah lelong yang tidak terdapat di dalam senarai yang disediakan atau tarikh lelongan sudah tamat (adakalanya admin tidak sempat mengemaskini senarai terkini), sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah/rumah lelong.  Pendaftaran percuma klik disini.